feewieetttt...

My photo
Jertih, Terengganu, Malaysia
assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1MALAYSIA kepada sesiapa yang terview atau view2 my blog... k about me, saya sorang yang simple, ceria, riang- riang ria, lawak, funny n lots more. huhuhu.. sy buat blog nih sjer jer nak kongsi2 cerita duka n suka, serta pengalaman2 saya belajar di alam ini, mungkin kalau saya belajar benda baru saya akan bagitau melalui blog nih... ok lah..chaouw!! (n_n)

Wednesday 31 August 2011

Cuti2

assalamualaikum...

hihihi lama dah tak buka blog nih...hrmm...sebulan di bulan ramadhan ni aku cuti kat uma mak saudara kat kg chuchoh puteri b, kuala krai, kelantan...hrmm best duk kat sana ..mandi air bukit,  sejuk giler, klu dah stat mandi mesti dah tak nak henti.. kat sana majoriti nya kerja getah..huhuhu...

kaya lah ckit orang2 kat sana...hidup pun senang cuma tinggal atas bukit jer..huhuhu... best tak terkata klu duk cna, udara nyaman...biasalah duk dalam bukit...

k lah citer lain kali lah..cbuk plak..huhuhu..

salam...

Sunday 7 August 2011

Dunia Akhir Zaman

assalamualaikum  dan selamat berpuasa kepada semua kaum muslimin dan muslimat di Malaysia.. pada hari ini saya ingin berkongsi sebuah cerita, bukan cerita saya, bukan cerita anda or another indvdu.. saya nak kongsi sdikit pengetahuan saya bout a story,,stry aper ek??? a story sal dunia akhir zaman.. tapi bukan lah tanda2nyer yang saya nak ceritakan.. ape yang saya nak ceritakan sal penipuan yang kite dah terkena sejak kiter mula2 masuk tingkatan 1.. paer ye penipuan itu..

penipuan yang saya maksudkan adalah SEJARAH... ye!! kiter di butakan dengan sejarah, sejarah zaman batu (paleolitik, mesolitik, neolitik) , zaman gagsa dan logam...cer kiter pikirkan adakan nabi Adam diturunkan dengan tiada sebarang ilmu??? bukan kah Masjid Al- Aqsa itu adalah masjid yang di bina oleh nabi Adam???
anda semua tahu tak siapakah dalang di sebalik semua penipuan ini?? Charles Darwin...and all para pentokong teori evolusi.. ala evolusi yang cakap manusia dulu2 adalah beruk pas tu berevolusi menjadi manusia..logik ke!!??? stupid lah klu ader yang ngaku nenek moyang yer beruk...huhhh!!!

dan menjadi satu keperluan kiter untuk tahu apakah sejarah sebenar kita...k cer cakap keturunan kite stat dari nabi Adam...ADAM, IDRIS, NUH, HUD, SALEH, IBRAHIM LUT, ISMAIL, ISYAK, YA'QUB, YUSUF AYUB, SYU'AIB, MUSA, HARUN , ZULKIFLI, DAUD,SULAIMAN, ILYAS, ILYASA' , YUNUS, ZAKARIA, YAHYA, ISA, MUHAMMAD S.A.W
al Quran menggunakan nama2 Nabi sebagai ukuran masa dalam sejarah! kerana para Nabi adalah wakil kaum Islam pada tempat, waktu dan ketamadunan yang tertentu! inilah cara sebenar untuk mengkaji sejarah, kajilah melalui nabi-nabi yang telah diutuskan. dan anda akan faham bagaimana dan bila perkembangan kaum islam di muka bumi ini...DAN bagaimana ketamadunan mereka yang begitu canggih boleh hancur dalam sekelip mata sehingga mereka berada di zaman batu..

" telah berlalu aturan- aturan yang di tetapkan sebelum kamu, maka kerana itu berjalanlah kamu dimuka bumi dan perhatikan lah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan (ayat-ayat Allah) "

                                                                                                        Al Imran : 137

mereka bukanlah orang gua yang hanya tahu makan dan tidur, tetapi mereka telah membina satu ketamadunan yang begitu hebat, malah kecanggihan mereka lebih hebat daripada kita pada hari ini. ilmu pengetahuan mereka begitu tinggi hingga mampu mencerap bintang2 di langit.. kerana kekufuran kepada Allah maka kehebatan ketamadunan ini telah di hancurkan dalam masa satu malam sahaja, sehingga kita menyangka mereka merupakan orang batu yang tidak pernah mencipta apa2 pun...

jangka masa sejarah mnusia diutuskan mengikut Nabi- nabi yang diutuskan., dan apanbila nabi yang terakhir telah diutuskan ini bermakna sejarah telah sampai ke fasa terakhir, fasa yang termat penting bagi makluk Allah benama iblis kerana telah berjanji kepada Tuhannya sejak awal lagi untuk membuktikan bahawa manusia adalah makluk yang akan merosakkan bumi dan saling menumpahkan darah.
mengikut hadith, zaman umat Nabi Muhammad dibahagikan kepada 5 bahagian mengikut kerangka masa... 

jom kiter baca

masa kenabian itu ada ditengah2 kalian, adanya atas kehendak Allah maka Allah mengangkatnya apabila Dia menkehendaki untuk menganggkatnya .

selanjutnya adalah masa khalifah yang menikuti jejak kenabian (khalifah 'ala minhaj an- nubuwwah, adanya atas kehendak Allah , kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menkehendaki untuk mengangkatnya.

selanjutnya masa kerajaan yang menggigit ( mulkan ' Adhan) adanya atas kehendak Allah , kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.

setelah itu masa kerajaan yang menyombong ( Mulkan Jabariyyan ) adanya ats kehandak Allah kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.


selanjutnya masa khalifah yang menikuti jejak kenabian ( khalifah 'ala minhaj an- nubuwwah) .

kemuian beliau (Nabi) diam
  
hadith riwayat Ahmad dan Baihaqi dari Nudman Bin Basyir dari Nudzalifah

mengikut rasulullah fasa pertama adalah ketika nabi masih hidup , kemudian datang pula zaman pemerintahan mengikut cara kenabian, iaitu zaman pemerintahan 4 khulafa' Rashidin, kemudian zaman kerajan menggigit, menggigit nih bermaksud mereka hanya menyerahkan kekuasaan kepada keturunan mereka, pada fasa nih kerajaan umayyah, abassiyah dan uthmaniah yang berkuasa dengan menggunakan sistem monarki, kemudian zaman yang keempat iaitu zaman yang diperintah oelh pemerintaah yang sombong dan bermaharajalela, tahu kah anda tu zaman ape? ZAMAN KITA LAH TU! zaman kelima pula adalah zaman yang diperintah mengikut cara nabi beasaskan syariat islam. setelah habis bercerita mengenai 5 fasa atersebut tiba2 Rasulullah diam dan diam itu bermaksud "sejarah manusia sudah tamat" Rasulullah pernah mengingakan umatnya yang hidup pada fasa yg ke4 ni akan kedatangan satu fitnah iaitu fitnah Al- Masih Al- Dajjal, fitnah yang paling besar dalam ketamadunan manusia, dajjal tidak akan datang pada fasa yang ke5 kerana kekuasaan telah datang di pihak orang2 yang beriman pas fasa ke5 pon dajjal takkan muncul cz sejarah ketamadunan manusia dah tamat.........

hanya fasa yang ke4 peluang iblis mengumpul pengikutnya seramai mungkin yang akan ke neraka sebelum turunya Nabi Isa dan Iman Mahadi yang akan memindahkan kita ke fasa yang ke 5....

anda semua harus mengetahui kesemua tipu muslihat pengikut syaitan (freemason) kerana  merekalah yang merancang semua pembohongan di muka bumi ini..

salam sayang untuk saya kepada anda semua.. assalamualaikum...



Friday 5 August 2011

Ramadhan...

cewah...pejam celik, pejam celik uper2 dah 6 ari aku puasa.. bayangkan 6 ari tolak 29 ari, jadi baper ek?? jadi 23 ari, huhuhu.. begitu cepat masa berlalu, engatkan baru jer 2 3 ari puasa.. semakin hari rasa macam semakin singgkat jer perjalanan jam.. camner ek klu jam tu berhenti??? bukan jam umah sy lah, tapi seluruh dunia, matahari pon berhenti, macam mana lah jadik kat orang atas bumi nih.. mesti ader yang mati, yelah kene serangan jantung cz terkejut. huhuhu.. tak der paper lah, mengampo jer.. hahahaha...

aper ek pengertian puasa yang betoi2, ( umo dah 20 tapi tak tau lagi) hahhaha..bukan dop tau tapi nak kongsi nih. sama2 tambah ilmu ckit..huhuhu..ckit2 pon berguna tau...ni antara yang dapat di cari...

Puasa memiliki maksud dan tujuan, diantaranya apa yang disebutkan Allah ta’ala dalam firman-Nya:
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. (QS. al-Baqarah: 183)
Tujuan dari puasa ini adalah ketakwaan, bukan hanya sekAdar menahan diri dari makanan, minuman dan nafsu, kerana Allah ta’ala tidak perlu puasa yang seperti ini, sebagaimana sabda Nabi n:
مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّوْرِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ.
Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan keji dan dusta serta melakukannya, maka Allah tidak perlu dengan puasanya. (HR. al-Bukhari)
Bahkan puasa yang benar dapat mencegah perbuatan maksiat, sebagaimana sabda Nabi n:
الصِّيَامُ جُنَّةٌ ، فَلاَ يَرْفُثْ وَلاَ يَجْهَلْ.
Puasa bagaikan perisai, janganlah berkata keji dan kotor dengan berbuat jahil … (HR. Muttafaqun ‘alaih)
Terkadang Anda melihat sebagian orang berpuasa, tapi tidak meninggalkan perbuatan haram, seperti kedzaliman, permusuhan, hasad dan dengki, ghibah dan namimah (menggunjing orang dan mengadu domba) serta perkataan kotor.

 arap2 kiter semua dapat paham aper yang di jelaskan, puasa bukan setakat tahan lapar dan dahaga kk..Alhamdulillah kiter di lahirkan sebagai orang Islam..klu di lahirkan sebagai orang bukan Islam?? cer bayangkan.. we all needs ALLAH in our lifes...

Wednesday 3 August 2011

tAk sUka TaK aPa :p

Jikalau orang tak suka tak apa
Tapi janganlah kau mengata
Sudah menjadi adat di dunia
Ada rupa dan berharta orang suka

Jikalau orang tak suka tak apa
Biarlah ku mengundur diri
Mungkin kau rasa aku tak sepadan
Dengan dirimu

( 1 )
Ku sedar diri ini
Aku hanyalah insan biasa
Tapi aku ada harga diri

Walaupun terguris hati ini
Hingga menitis air mata
Namun semuanya tak bererti
Bagimu

Waktu orang suka semuanya indah
Waktu dah tak suka oh ada-ada saja
Sukarnya nak ku temui
Cinta yang sejati dan bahagia

( ulang 1 )

Jikalau orang tak suka tak apa
Tuhan masih menyayangiku
Moga suatu hari akan tiba
Jodoh buatku dengan insan
Yang ikhlas cintanya

Tuesday 2 August 2011

yum-yum, kek coklat kukus

best kan kek coklat ni, jadi hari ni sy nak kongsi resepi kek coklat yg belajar dari sorang kawan ni..

bahan- bahan :

3 biji telur besar
2 cawan gandum
1 cawan susu manis
1 cawan minyak
1 cawan koko
1 cawan gula
sedikit garam
sedikit soda


cara- cara :

1) telur dan gula di pukul sehingga kembang
2) then, setelah kembang, kesemua bahan di campur sekali, apabila larut sebati, masukkan 1 cawan air panas
   dan kacau sebati
3) sementara itu panaskan pengukus,
4) isikan adunan di dalam bekas dan kukus selama 15 minit.